Rabu, 15 April 2009

TATA TERTIB MURID

JAWATANKUASA TATA TERTIB MURID

Pengerusi : Tn. Hj. Awang Mohamad Zaid Bin Mat Zin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Mohamad Rafi Bin Omar (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Noor Razi Bin Jusoh (Penolong Kanan Tadbir)
Naib Pengerusi 2 : En. Megat Abd. Karim Bin Megat Hussain (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Setiausaha Disiplin Sekolah
Pen. Setiausaha : Penolong Setiausaha Disiplin Sekolah

Ahli Jawatankuasa : Guru Mentor
Warden Asrama
Guru Persuratan Kelas
Guru Kewangan Kelas
Penyelaras Tingkatan
Guru Kaunseling Sepenuh Masa
Wakil PIBG (AJK Biro Disiplin)

TUGAS UTAMA

Mencadangkan hukuman bagi membantu Pengetua membuat hukuman terhadap pelajar yang melakukan salah laku disiplin di sekolah atau asrama.
Menilai prestasi pelajar dari semua segi; iaitu dari segi akademik, kokurikulum, asrama, tingkah laku dan pergaulan dengan pelajar/guru sebelum membuat cadangan hukuman.
Memberi semangat dan motivasi kepada pelajar yang telah dihukum semasa menjalani proses pemulihan di sekolah dan asrama.
Menguruskan minit mesyuarat tatatertib, surat-suarat akuan, dokumen dan sebagainya yang diperlukan oleh pihak yang berkepentingan (SBP, JPNT, Unit HEM KPM).
Merekodkan tindakan hukuman tersebut dalam fail disiplin sekolah (Pejabat HEM), fail disiplin peribadi (kaunselour), rekod ISIS dan rekod SSDM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan